Thursday, December 9, 2010

opick and the lirik...!

Minggu untuk layan lagu2 opick.. hehehe… biarlah ramai orang kata asyik indon jer… everything is about indon, movie indon, lagu indon, cerita indon ker… yang penting… if sesuatu tu berkualiti dan best kenalah dengar kan? So, itu adalah cabaran kepada sesiapa yang rasa tak puas hati kepada para bijak pandai dari seberang… apapun, bagi aku, baik negara tumpah darah aku sendiri ke dari negara mana pun, masing2 ada kelebihannya.. kerana bumi Allah ni kan luas, kita takkan sempat menjelajahnya patahlagi if poket takat ‘ado-ado’ jer.. cukuplah merajinkan diri mempelajari budaya mereka, muzik dan cara hidup mereka melalui movie mereka. Filem tu kan menggambarkan wajah setiap bangsa…

Sebenarnya sudah lama aku tahu tang lagu2 opick ni. Lagu dia banyak menggambarkan rasa keinsafan di hati aku. Mudah2an diberikan pahala yang berganda2 wat mr. Opick kerana bersungguh untuk mengajak sesama kita menginsafi diri. Di sini aku pastekan segala lirik tang lagu2 opick yang best2… cuba chek n renung setiap bait liriknya. 


cahaya hatiAllah engkau dekat
Penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau
Biarkan hamba Mu menangis
Karna kemurahan Mu
Karna kasih sayang Mu
Hanya bila diri Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa jiwa yang rela
Dia kekasih Mu
Kau yang selalu terjaga
Yang memberi segala
Allah Rohman Allah Rohim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rohim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asthma Mu
Kau yang selalu terjaga
Yang memberi segala
Setiap makhluk bergantung padaMu
Dan bersujud semesta untuk Mu
Setiap wajah mendamba cinta Mu cahaya Mu

Bila Waktu Tlah Berakhir - Opick
bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu
bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu
dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya
bila waktu tlah memenggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi

dan yang ini my feveret song! Thanks to future mrs. Nurul
opick - rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Thursday, November 25, 2010

kuih puteri ayu yang nyam2 sangat sedap

sudah beberapa hari aku tak berkesempatan nak mengupdate aku punya blog nih. sedar tak sedar, november pun da nak sampai ke penghujung. dan x lama lagi muharam akan menjelma. oh rasanya sangat sekejap. tetiba da sampai di penghujung tahun 2010. dan aku pula kenalah membiasakan diri untuk mengupgradekan semangat yang kadangkala down untuk lebih stabil di tahun akan datang. Insya Allah....

bulan depan ada dua event yg penting. satu besday my B, dan satu lagi kenduri khatan di rumah kakak ipar. ehm.... kedua-duanya majlis penting tu. but for besday my B, aku rasa aku just nak belikan kek n bagi kat jiran2 sket kot. tak tahu lagi, but the present aku da rancang awal2 nak bagi apa. cuma tak dan je lagi nak beli. :) untuk kenduri tu nanti, pada mulanya aku ingat nak buat kek coklat tapi aku letak dalam paper cup, ala2 cupcake gitu. tapi aku juga teringin untuk buat lain dari yg lain. selepas aku search di internet kuih puteri ayu ( yg sebenarnya faveret my B) aku tetiba teringin pula nak buat. cuma, pengukus je aku takder.. hem,, sabarlah hati untuk menunggu budget bulan 12, insya Allah ada rezeki adalah tuh.. biarpun buatnya agak sedikit renyah, tapi demi teringin punya pasal... sabar jer lah...

lagipun bila kek coklat crunchy ku jadi sebutan di kalangan ipar duai, hehehe, sesekali kita beralih ke resepi tradisional pula. lagipun dulu masa kami masih kecik, dan waktu mak masih sihat walafiat, selalu juga kami buat kuih nih... hehehe

meh kita chek resepi tu and cuci2 mata....






kuih puteri ayu

Bahan-bahan ( 55 biji )

4 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan gula caster
3 biji telor
1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air )
1 sudu makan ovelette
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh pewarna hijau

Inti kelapa
1 biji kelapa parut putih sahaja
2 sudu teh garam
1 sudu makan tepong ubi

Cara-cara

1.Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan. 2.Putar telor + gula sehingga betul2 kembang. 3.Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati. 4.Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis. 5.Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata. 6.Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit. Tag

Monday, November 15, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha....

beberapa hari ni kepala aku tersangat pening. entah berapa kali agaknya panadol da aku telan. tapi hilang cuma sekejap jer. rasanya, bila ada kesempatan nak juga pegi klinik untuk pastikan everything about my condition is ok.... tapi bila da sampai sana, nak tunggu giliran dengan membawa Ammar sekali agak merunsingkan aku. kot la di termeragam ker... haru aku. silap2 cancel apointment. oh kepala ok la ko... tak larat kadang2 nak bawak tidur jer, bagi mententeramkan pening nih...

semalam merajinkan diri untuk keluar shoping barang untuk buat kek for tomorow. hem... biarpun Ammar tak seligat seperti biasa, namun cukup meninggalkan kesan bila dia dengan muka tak bersalah dan selambanya menyambar satu pek air minuman nutrigen terus masuk ke bakul tanpa aku sedari. oh.. mujurlah aku membawa duit lebih. kalau tak mesti haru bila sampai di kaunter nanti. biasanya, dia akan menudingkan jari bila dia inginkan sesuatu barang tu, then aku yang akan wat keputusan samada aku leh bayar o tak... biasanya air vitagen la sebotol dua, aiskrim kon 90sen tu ker... tapi semalam, betul2 wat aku tersenyum sampai ke malam. dan aku membayangkan if dia mengambil something yang mahal dan aku tak mampu nak bayar o atau aku tak punya budget yang cukup... oh tak cukup dengan menggaru kepala, mungkin aku akan buat muka minta kesian kat cashier tu suh cancel.

esok adalah hari raya aidiladha (korban). rata2 majalah memperkatakan tentang pengorbanan yang pernah atau sedang di lakukan oleh setiap individu. dan aku sendiri sering tertanya, apakah erti korban bagi aku. sesekali fikiran ini menerawang jauh memikirkan apa yang terjadi pada hidupku sejak akhir2 ini.

aku sendiri pun sukar untuk mentafsirkan segala pengorbanan yang telah aku lakukan untuk diri aku, keluarga aku dan org sekeliling aku. pada aku just let it go la. bukan aku untuk menilai semua tu berupa pengorbanan atau tak. kadangkala sebuah pengorbanan yang kecil itu lebih bernilai berbanding pengorbanan yang memakan nilai jutaan atau di nilai dengan sanjungan tinggi. kerana juri yang paling tinggi, dan bijak menilai hanya Dia. kerana hanya Dia yang lebih mengetahui nilai sesuatu pengorbanan itu dan keikhlasan pengorbanan itu. cuma, aku harap apa yang berlaku di antara aku dan sekeliling semuanya di tahap 90% baik2 saja. amin....

cerita berhari raya korban di rumah mertua..
rasanya tahun ini agak luar biasa meriahnya. biarpun pada mulanya aku menyangka cuma aku saja yang pulang menemaninya... (cuti raya sehari) tetapi ramai juga yang pulang pada hari raya tersebut. di tambah pula mereka mengadakan sesi ber BBQ tergempak yang di sertai adik beradik sebelah my B. ternyata menyingkap rasa gembira di hati. biarpun aku sendiri masih agak canggung bila berhadapan dengan adik beradiknya, namun itu semua dapat ku atasi. tipsnya, duduklah bersama mereka, dengarlah cerita mereka, responsive dengan setiap perbualan mereka, dan senyum. itu saja. if ada situasi yang tegang, jangan komen kalau tak di minta. ada berani, tegurlah jika ada kesalahan tapi biar berpada... just if situasi da agak slow n cool.

dan sebenarnya, aku cukup berbahagia dengan keluarga yang ku punya sekarang. biarpun sometimes agak haru but its normal life... haru is important to colour our life.:) my family, my parent and My B's parent, i love u ols so much!

Thursday, November 11, 2010

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA


SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA
MAZMUMMAH DI DALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di
hati ialah :

1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak
di dalam diri manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati
tentunya tidak terang.(sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..
bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..). hati2 yer...

3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. pantang tengok orang lebih sket mula, buat tak elok, gi mandrem la, rosakkan harta benda orang tu la, tak bertegur sapa la.. hasad dengki yang membawa kepada dosa2 kecil dan besar (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll.dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. rezeki tu kan dari Allah, Allah sendiri berkata, " Aku tidak meminta rezeki darimu sebaliknya kamulah yang meminta rezeki dari Aku" (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi
pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,
pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala
rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air lautâ?¦ walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak! lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar
apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar
bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue
walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada.

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah

**Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat
ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di
hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan
akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya
disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu,kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan
bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati
antara satu sama lain.
________________________________________

miss my parent so much!

Salam jumaat …
Minggu depan hari raya aidiladha. Oh sangat sedih kerana tak dapat bersama keluarga aku. Tahun ini merupakan tahun kedua aku tidak bersama mereka di aidiladha ini. My B pun Cuma dapat cuti sehari jer. Apa nak buat. Duk di perantauan kdangkala membikin kita terpaksa memilih untuk lebih berjimat cermat, namun bijak menggunakan kesempatan yang ada. But my B dah janji untuk menghabiskan cuti ujung tahun di kg. biarpun tak sama, tapi ye lah… kenalah redha… namun doa agar my parent sentiasa sihat sejahtera tak pernah luput dari ingatan.
Semenjak mak jatuh sakit ni, hati aku bagai di runtun sayu bila ada cerekarama o drama tv yang melibatkan kisah kekeluargaan dan ibubapa. Oh hati ni bagai di carik2. Seringkali terfikir bagaimanalah agaknya aku seorang anak yang berpangkat isteri kepada seorang suami dan ibu kepada seorang anak ingin menjalankan amal bakti kepada orang tuaku sendiri. Seringkali aku terkeliru. Kerana ramai orang berkata, tempat seorang isteri tu di sisi suaminya. Sometimes, biarpun jasadku duduk tersenyum dan ketawa di sini, namun fikiran ku asyik memikirkan mak dan abah di kampung. Sesekali hati agak terubat mengenangkan adik yang masih di kampung, setia bekerja dan menemani mak dan abah. Tapi aku???
Bukan tak pernah ada yang menyalahkan, kerana aku seakan lebih mementingkan keperluan suami dan sebelah suami. Tapi sesungguhnya, aku telah cuba untuk melakukan yang terbaik. Sehingga kadangkala, aku sendiri agak tertekan kerana aku sndiri sukar untuk berbahagia dengan apa yang aku ada. Yelah dasar manusia, pasti akan merasa setiap perkara itu pasti ada kekurangannya…
Serba salah aku di buatnya. Tak seorang pun cuba memahami aku, tak pernah sesiapa pun sudi mendengar rintihan hati ni, tak pernah siapa pun peduli isi hati aku. Apa yang mereka tahu, menyalahkan dan menuding jari. Semoga sahaja kekeliruan di hati aku ni, akan di ampunkan oleh-Nya. Kerana aku yakin hanya Dia yang lebih mengetahui apa yang terjadi dan bakal terjadi. Malah hanya Dia yang selalu mendengar rintihan hati ni, sayup2 suara tangisan aku, kedukaan aku. Kerana, di sampingku, tak pernah ada yang memandang aku dengan berat mata, tak pernah pula orang peduli betapa berat bahu aku memikul rasa hati dan beban perasaan ini.
Sepertinya, bahagia yang ku cari tu ada saja jalan yang penuh liku. Mudah2an dengan dugaan yang aku harungi kini, aku akan lebih menghargai setiap detik waktu yang berjalan itu dengan lebih baik. Dan aku berdoa, agar mereka2 yang berada di seklilingku akan lebih bahagia… bahagia dengan apa yang mereka ada, punya dan miliki. Amin.

Salam sayang
Deemimmar

Petua MAkanan untuk Cerdik

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

amar without pampers

Em hari ni da masuk 2 hari my son tak pakai pampers kecuali malam. Actually, tak la susah sangat kan?? Tapi betul kata my frenz, kena rajin. Lagipun, aku pun tak la bz sangat masa ni, so apa lah salahnya kan masa yang aku ada tu aku gunakan untuk ajar dia independent. Lagipun aku tersangat kagum dengan seorang ibu muda yang mempunyai 2 orang anak yang mana kedua2nya tersangat berdisiplin.
Menurut kata ibunya, setiap anak2nya akan di ajar tanpa memakai pampers sejak berumur 1 tahun lagi. Dia kata, tanda2 kanak2 tu da bersedia untuk lepas bebas tanpa pampers ialah dia akan cepat2 membuka pampers apabila kita pakaikan, terasa rimas ataupun akan lari bila kita menyuruh mereka memakai pampers. Dan apabila itu berlaku, kita kenalah merajinkan diri untuk membawa mereka ke tandas setiap 15 minit ataupun setiap ½ jam. Jimat pun jimat kan??
Kemudian, menurut ibu muda tadi, setiap pagi kedua-dua anak2nya tadi akan bangun sekitar jam 8 pagi, dan akan bermain sehingga pukul 3 dan paling aku suka apabila kedua2nya dan kadangkala termasuk ibunya akan tertidur lena. Lebih kurang 1 jam kemudian mereka akan bangun dan akan bermain, mandi dan pukul 9 malam mereka akan tidur sehingga ke pagi. Uhh… pada aku, ibu muda ini sangat bijak untuk mendisiplinkan anak2nya. Kebiasaan yang aku lihat, apabila seorang celik, seorang lagi akan tidor dan yang celik pasti akan mengusik yang tidur sehingga terjaga. Ehm… sehingga sekrang aku masih tidak dapat mendisiplinkan ammar berkaitan soal tidur. Macammanalah kan??
Biarpun aku punya pengalaman mengurus seorang anak sejak dari bayi sehingga berumur 2 tahun ½ ni tapi aku selalu bertanyakan pada mereka yang lebih berpengalaman. Yelah, sharing is caring kan?? Sometimes ada jugak tips yang boleh kita gunakan. Dan aku juga adalah salah seorang peminat majalah Pa&ma, setiap bulan aku takkan pernah terlupa untuk membelinya. Dan jika ada sebulan yang aku tertinggal, aku akan merajinkan diri pergi ke kedai2 yang selalu jual majalah ni. If tak dapat juga, aku akan muncung sedepa… sampaikan my B cakap boleh sangkut hanger… hahahah
Its really fun bila kita dapat membesarkan anak kita di hadapan mata kita sendiri. Biarpun ada orang sekeliling yang memperbodohkan aku kerana sanggup jadi hw walaupun belajar tinggi, aku tak kisah. Sekurang2nya, aku puas hati.. dan yang paling seronok, kita lah yang akan jadi orang pertama yang dapat melihat dia buka mata, bercakap, ketawa, berguling, berjalan, merangkak dan setiap proses pembesaran itu berlaku depan mata. Seperti ada sentuhan magis, dia yang dahulunya tersangat kecil kini akan tersenyum setiap kali bangun tidur, akan menangis bila kehendaknya tak di penuhi, dan akan ketawa bila di agah…
Oh… really proud to be mommy! And I want it more…. More love from the others child….:)

Sunday, November 7, 2010

alahai fasha sandha





malam ni aku saja menyebukkan diri di fasha sandha fesbuk! dia memang gojes, memang cantik, tapi selalu jer kontrevesi! dan terbaru aku tengok citer dia dalam 'Chinta'. aku memang mengikutinya la sambil menyiapkan makan malam dan menyediakan diri untuk solat maghrib. citer ni lain dari yang lain. penyingkapan yang berani. aku sure setiap episod tu ada kena mengena dengan salah seorang manusia kat muka bumi ni.

komen aku untuk citer ni- citer ni memang best. dan aku sanggup berebut tv ngan my B semata-mata untuk tengok citer ni jer. walaupun just dengar suara tanpa tengok jalan citer pun tak pe. bukan setakat fasha jer yang menghidupkan citer ni, tapi setiap pelakon yang memegang watak ni memang boleh tabik spring....

dan malangnya citer ni dah lama berakhir, dan kini di ganti dengan seribu kali cinta. dan aku tak tengok sebab, aku rasa macam tak best walaupun ada marsya... :) sorry yer..
sometimes bila aku sesaja tengok fesbuk fasha ni, ramai tul yang komen. baik yang komen positif dan ramai juga yang mengutuk dan menegur amat sedikit sekali. kasihan dia...

fasha yang aku kenal ni pertama kali aku tengok kat majalah remaja. waktu tu aku masih remaja la. masa tu ada zahnita wilson yang orang kata muka dan cam Dato' Siti tu. dan ada fasha.. dan sorang lagi tu aku tak tau. tapi aku rasa org stat kenal fasha ni masa cerita Natasya gandingan dia ngan ezani tu... dan org stat kurang suka sejak dia terlebih kata di Explorace Tv3.

dan aku ... aku biasa2 jer.. memang ada sket menyampah pada mulanya pada fasha ni bila terdengar citer kes dengan Nora Danish tu. tapi bila fikir2 balik siapa lah aku untuk menghukum dia. biarlah kita kutuk ke, benci ke, marah ke apa ker, yg dapat dosanya kita. malah entah2 semua pahala kita tu da pindah kat dia... dan kita la yang paling miskin di akhirat nanti, biarpun cukup kaya di dunia... Nauzubillah...

sesiapa pun dia, aku ucap tahniah sebab berjaya menghidupkan watak Chenta tu. Mudah2an apa yang dia lakonkan tu akan meninggalkan kesan di hati nuraninya. Amin... sekali lagi, siapalah kita untuk mengutuk dia... Hanya Allah jer yang tahu siapa Makhluk ciptaan-Nya. sekurang2nya sekiranya ada kemampuan, tegurlah fasha secara berhemah, dan doakanlah dia
yg terbaik utk hidupnya di dunia dan akhirat.

soal perampas dan di rampas.. itu soal peribadi dia. lagipun tak baik kita mendoakan yang buruk2 untuk orang kan? soal ajal, maut, jodoh, rezeki ni semua ketentuan Tuhan. siapalah kita untuk mempersoalkannya.


“…barangkali kamu membenci sesuatu,padahal ia baik bagimu…dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu…Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
(Al-Baqarah: 216)


putaran setiap manusia semua sama jer. kadangkala kita merasa senang, bahgia, suka, kadangkala kita berasa susah, duka dan sangat sengsara... dan kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita aada. mungkin hari ni kita akan merasa keperitannya ... tetapi apabila kita sudah berjaya mengharunginya kita akan menjadi orang yang baru. tetapi percayalah, Tuhan takkan menduga setiap hambanya dengan dugaan yang diluar kemampuan hambanya...

so pada yang benci kan sesetengah artis tu, chek kita punya diri yer... takder manusia yang perfect. org yang berjaya ialah orang yang pernah gagal, orang yang mulia ialah orang yang pernah melakukan dosa lalu dia bertaubat... bukan yang perasan mulia dan buat selamba diri tak pernah ada dosa... :) so sapa yang selalu kena kutuk ke, di benci ke, selalu berduka ke,,, sabarlah... dan berdoalah pada yang Maha Esa... kerana hanya dia yang lebih tahu...:)

aku, 50% & 70%... SALE!!!!

hari ni, jauh berjalan. keluar jer tengahari tadi, makan2 n then gi teman my B gi potong rambut n then jalan2 g jusco. niat di hati memang la just nak cuci2 mata. tapi.......... uish! silau mata dek panahan cut price 70% for each ladies part. tak tahan dek godaan terutama for my faveret brands... Blue Toms.. everythings is for 50% or 70%... aduih...

teringat dulu, bila tengok gang2 pakai baju brand Blue Toms tu nampak tersangat 'Terletak!" memang smart la. dulu Blue toms memang suka kuarkan baju T-shirt lengan panjang yang nampak smart.... pastu adunan warna dia memang cantik sangat. aku tersangat jeles waktu tu, tapi apakandaya aku tak berkemampuan lagi waktu tu. tapi sekarng ni, Blue Toms telah mengupgradekan setiap design baju ke yg more to up to date la. dan percayalah, yang design terbaru pun ada lagi diskaun... meh ramai2 borong baju kat jusco!

dan aku sempat mencapai 2 helai baju dan sehelai seluar slack. oh cukup terkilan kerana tak cukup budget untuk borong setiap brand sementara sale masih ada. dan paling pasti kalau itu terjadi, my B akan garu kepala dan cukup untuk membankerapkan budget untuk bulan ni... heheheh. tapi tak pelah... akan datang leh beli lagi.. skrang ni tengah kumpul budget untuk beli kamera nikon coz camera yg lama tu da cukup rosak sehingga cuma boleh di simpan di muzium tok Duffy jer. tersangat sayang kat kamera tu. so, budget yang akan datang ni, cukup lah brand nikon yang murah2 jer. sebab aku tersangat yakin yang brand nikon ni gambar sangat cantik berbanding kamera brand lain. oh... am i branded girl? just cuma nak setiap sen tu cukup berbaloi jer... biar tahan lama kalau boleh..

agak lama kami tak bershopping. dan masing2 sempat menggrab paling tidak 1 thing from jusco. oh jusco... tapi percayalah kami shopping pun masih lagi tahap puluh2. bayangkan if ada somebody yang budget 100 and above? oh rasa penuh tangan dan troli. memang cukup berbaloi la... di sebabkan aku sangat suka ngan baju than seluar... so boleh di katakan semua baju memang cantik2 la... dan aku rasa cukuplah sekali pandang jer... kang banyak kali pandang boleh rambang mata jadinya...

ujung tahun ni mesti ada sale lagi... i'm waiting with pasyen.... n sambil tu kumpul budget untuk memborong lagi....:)

Friday, November 5, 2010

zuriat kita...

hem, sapa tengok astro oasis? if yang ada astro la... sebenarnya satu kebanggaan buat kita apabila setelah lama kita di hidangkan dengan rancangan hiburan dan kupasan isu, ada station swasta yang sanggup ambil risiko untuk menerbitkan rancangan bercorak keagamaan khusus untuk satu chanel sahaja. astro oasis... congrat kepada astro oasis...:) sebelum ni pun ada juga station tv lain yang menerbitkan rancangan keagamaan seperti tv1, tv9 tapi still lagi ada hiburan lain... tapi astro oasis ni best sebab, setiap hampir waktu solat jer ada zikir2, pastu ada panel jemputan yang best2 untuk rancangan bercorak soal jawab agama, dan bimbingan psikologi...

em... cam nak promote astro la plak.. :) sebenarnya bukan tu yang aku nak cerita. tapi ada satu rancangan tu pasal zuriat kita. rancangan ni untuk menyokong tema " kami prihatin" yang sedang di jalankan sekrang ni. walaupun jarang tengok, tapi sebenarnya bagus untuk menimbulkan keinsafan di kalangan kita.

kes pembuangan bayi, penderaan fizikal dan emosi kanak2, sering terjadi di sekeliling kita. tanpa kita sedari, kdangkala kita sendiri menutup mata apabila proses itu berlaku di depan mata kita. sikap takut di gelar 'suka jaga tepi kain' orang menyebabkan kita lebih suka berdiam diri, takpun cuma mampu mengutuk dalam hati. dan akhirnya, inilah yang berlaku. mungkin kita tak mampu untuk mengelak dari ia terjadi pada masyarakat kita, tapi mungkin kita boleh mengatasinya itu di kalangan keluarga, sahabat, saudara mara dan mungkin jiran2. apabila kita mengamalkan sikap ambil tahu, sekurang2nya masalah ini akan terbendung..

ramai juga teman2 yang menyarankan peranan institusi keluarga di pertingkatkan. ibu menjadi suri rumah sepenuh masa dan bapa keluar bekerja. sekurang2nya keselamatan ahli keluarga akan terjamin.. tetapi berapa ramaikan lelaki yang sanggup bekerja lebih masa dan memulas seluruh tenaga dan kudrat untuk menyara keluarga terutama yang mempunyai anak yang ramai?. dan berapa kerat pula yang cukup bertanggungjawab untuk menjadi imam dan ketua keluarga sepenuhnya? dan apabila cuma suami sahaja bekerja, automatically, seorang wanita yg dahulunya bekerjaya, dan punya gaji tahap ribu riban, akan ternganga dek poket yang menipis... dan akhirnya timbul pula perselisihan faham. dan sekali lagi wang menjadi punca pertelingkahan dan anak2 yang menjadi mangsa.

atau mungkin wanita perlu di berikan waktu kerja yang lebih fleksibel agar ruang waktu bersama keluarga dapat ditingkatkan? kerjaya seperti guru mungkin tidak mempunyai masalah, tapi kerjaya selain dari itu...

oh wanita.... selalu jadi mangsa keadaan.

+
+
+
+
+
++
+
++
+
+
++
+
+
+
+
+
++
+
+
+
++
dan aku pula sangat teringin untuk menambah zuriat, dan kawan-kawan untuk amar.... tapi .... sebelum tu aku kena kerja.. dan aku kerja untuk tambah zuriat... sehingga aku yakin aku mmapu membesarkan mereka dengan kudrat dan usaha aku di samping kekuatan yang Allah berikan untuk aku terus berdiri kukuh di sisi mereka.

Dihargai, menghargai atau penghargaan?


Dihargai, menghargai atau penghargaan?
Saja aku letakkan kenyataan di atas di laman fesbuk aku. Menurut seorang teman, untuk di hargai kita kenalah menghargai kemudian barulah kita akan di hargai… em betul tu! Dan aku memang setuju. Aku sendiri tak pernah menyangkal pendapat itu Cuma kadangkala kecewa dengan sesetengah sikap manusia sekeliling yang tak reti nak menghargai apa yang kita da lakukan untuk mereka.. yelah, sometimes, salah kita juga kerana terlalu mengharapkan penghargaan untuk setiap pekerjaan atau pun jasa yang kita buat. Memang betullah, penerapan nilai IKHLAS itu kurang betul dalam diri… 
Sebenarnya, setiap penghargaan tu tak semestinya mahal. Kadangkala, sekadar ucapan “Terima Kasih” sudah cukup membuatkan hati seseorang itu berbunga…. Memang banyak sangat situasi x di hargai… sebenarnya… bila sebut pasal penghargaan, menghargai dan di hargai ini… pokok pangkalnya, kita sendiri kena tahu menjaga hati sendiri dan rakan sekitar kita… if kita tahu menjaga hati mereka maka takkan timbul perasaan tak di hargai di hati mereka… dan lazimnya, kita akan berhadapan dengan rasa, terlebih sudah…..
“asyik2 aku je yang appreciate diorang, orang tak pernah appreciate apa yang aku buat kat diorang.. paling tak pun, puji la sket ker, ucap time kasih ker.. bukan nak hadiah mahal2 pun…” betul tak? Aku cakap sebab akupun rasa cam tu.. tapi abaikan jer lah… yang penting kita kena upgrade tenaga kerja kita ke tahap yg lebih effisyen, dan kita da buat yang terbaik. Terpulanglah bagaimana orang nak menilai kita bagaimana. Kerana, setiap yang kita lakukan, jika itu yang the best, kita sendiri yang akan dapat impaknya…
Jadi, berilah reward untuk diri sendiri, jika kita da lakukan yang terbaik. Senangkan hati mereka yang lebih menghargai kita, kita sendiri akan merasa bahagia bila melihat mereka tersenyum.
""Dari Ibnu Umar Radhiyallahu Anhuma bahwa Rasulullah saw bersabda, 'Seorang muslim adalah saudara seorang muslim yang lain, maka tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh menyerahkan pada musuh. Barang siapa memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya. Barang siapa memberikan jalan keluar bagi seorang muslim dari kesulitan maka Allah akan memberikan jalan keluar dari kesulitan di hari kiamat. Barangsiapa menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat". (Muttafaq alaih)
Semoga kita dapat menyejukkan hati yang gundah apabila kita baca hadis di atas… biarkan mereka dengan dunia meraka, dan kita tetap terus mengupgrade tingkat amalan kita… amin 

Saturday, October 30, 2010

happy besday to ME!!!


happy belated besday for me! selamat hari jadi! selamat ulangtahun yang ke .... all wishes yg aku terima ternyata betul2 buatkan hati ni ada taman yang bunganya kembang harum.... ( sekadar menokok tambah dialog shahiezy sam) hehehe. biarpun hari lahir tu tak di sambut secara meriah, tetapi ucapan dari teman2 dan org tersayang sudah cukup menzahirkan perasaan yang sukar di perkatakan.... thanks everybody! luv u ols....:)

sempena ulangtahunku ini, untuk kali ini, aku mengharapkan agar aku dapat khatam Al-Quran juga... Alhamdulillah... biarpun selepas beberapa hari selepas tarikh keramat itu, aku selesai juga. ada aku terbaca di sebuah buku, di sunatkan kita berpuasa apabila kita khatam Al-Quran.. InsyaAllah akan aku laksanakan juga. mudah-mudahan dipermudahkan urusan itu.

ada orang bertanya, apa harapan dan impian aku sempena bertambahnya usia, hehehe
aku harap, dengan bertambahnya usiaku ini, kematanganku akan bertambah, kebaikan dalam diri dan kehidupan juga akan lebih baik, mungkin menambah warga anak2 johor jawa. sebenarnya hajat aku yang ketiga itu hadir setiap tahun, malah selepas kelahiran Ammar pun aku sudah memasang hajat itu. tapi, belum ada rezeki lagi. malah ramai juga rakan dan teman yang meninggalkan pertanyaan itu di ruangan fesbuk aku. for kengkawan, aku memang tak kesah... tapi doa2kan lah yer...:)

apapun, aku mengharapkan yang terbaik untuk hari ini dan akan datang.. semoga kita semua di rahmati oleh-Nya dan setiasa menjadi yang terbaik untuk kini dan akan datang... terbaik dalam perkara yang nyata... be the best! bukan push to be the best! and lastly you'll be stress to be the best! :)

Saturday, October 16, 2010

Berubah untuk Hidup o Hidup untuk Berubah???


Baru2 ni di laman fesbuk, ada seorang teman yang bertanya. Perlukah kita berubah demi yang tersayang?? Seperti biasa, laman sosial ni agak fofular untuk message o notis2 suka2. Dan begitu banyak komen teman2 lain bagi tuk jawapan ini. Aku juga sebenarnya sangat teringin untuk menjawab soalan itu. Tapi apakan daya, beruakband yang sengal terpaksa aku pendamkan. Jadi, untuk masa ni, aku merajinkan menaip panjang lebar di ms word yg sudah sekian lama tidak aku buka kecuali jika aku ingin mngopi n pastekan hasil tulisan rakan blogger ataupun resepi yang akan ku perapkan di komputer in tanpa aku cuba. Heheheh
Aku rasa, ramai yang suka bagi jawapan, ‘jadilah diri sendiri, tak perlu ikut kata orang’ x kurang juga yang menjawab ‘ biaq pi la apa org nak kata, yg penting kita bahagia’ oh… sebenarnya, kengkawan aku juga pernah berhadapan dengan situasi tersebut dan aku juga pernah berikan jawapan yang sama. Sebenarnya terlalu banyak perlu di fikirkan apabila melibatkan sebuah perubahan…
“ hang ni dari dulu aku tengok sama ja, xdak pa pun yang berubah… sesekali hang wat la renovation kat diri hang tu. Cemuih tengok la!”
Mungkin kata2 begini berupa fizikal. Kalau dulu dia nampak kita kurus, da berpuluh tahun pun nampak kurus. Its ok la. Kalau lelaki kot la keding sangat, pegi la gym ke wat sit up ke bagi ada muscle sket. Sebnarnya kengkawan, perubahan untuk diri kita tu penting. Tapi kalau perempuan kalau dulu krus, janganla plak bagi gemuk pula kecuali gemuk yang punya isi(baby). Hehehe.
Kalau kata2 itu lebih kepada fesyen, kalau dulu kita selekeh, bila da kena tegur kena la bagi semua rapi. Jangan cacamarba. Bayangkan baju hijau, skirt kuning, tudung merah.. adakah itu perlu di biarkan? Perlukah jawapan utnuk jadi diri sendiri tu di kekalkan??? Bukankah penampilan yang rapi itu akan membuatkan diri sendiri selesa malah sedap pula mata yang memandang? Sesekali boleh belek majalah fesyen untuk mengetahui gaya terkini. As long as sopan….
Namun jika perubahan yang di harapkan adalah supaya kengkawan lebih open… bergantung juga open yang bagaimana.. oh jika dia cakap awak ni x seksilah… saya tengok baju awak tegak jer… xde fesyen2 macam org lain. Sesekali nak gak tengok awek saya pakai gaun, seket singkat… untuk kenyataan begini… saya cadangkan….
Mula2 … kena la layangkan senyuman yang paling manis…
Dan kemudian angkat tangan bagi penampor sket…. ! kalau kengkwan cukup penyabar… jawablah…
“ ok, kalau sekarang ni saya da tayang kat orang, takde lah yang istimewa untuk suami saya nanti. Biarlah apa yang lebih dan kurangnya kat saya untuk suami saya dan muhrim saya saja.”
Perubahan yang sebegitu kenkawan hanya lebih kepada merosakkan diri kita sendiri. Jadi diri kita ialah apabila kita asudah cukup mengkaji siapa diri kita sebenarnya. Perubahan yang hanya akan mendera jiwa dan perasaan kita xkan dapat menghasilkan aura yang baik kepada persekitaran dan diri kita sendiri. Pokok pangkalnya perubahan itu perlu ikhlas.
Pengalaman di kritik seorang teman sewaktu berada dikolej dulu masih terngiang-ngiang di fikiran saya sehingga kini. Dengan selamba, seorang teman ini mengechek wardrobe saya dan mengatakan semua baju t-shirt dan kurung saya tak cantik. Hehehe… namun saya senyum sahaja. Lalu saya katakan, jadi bagaimana yang cantik tu…
Semestinya mahal, di beli di butik, dan rekaan terkini? Namun teguran itu tak pernah saya ambil hati. Lalu saya belajar, mahal tak semestinya cantik, yang cantik itu pula tak semestinya yang terbaik. Tapi yang terbaik itu sudah semestinya cukup cantik… :) baju yang murah pun kalau kita pandai menggayakannya tetap cantik kengkawan. Mungkin boleh tambah aksesori seperti jahitan manik, kalung atau apa sahaja… kerana lain orang lain pandangannya… buatkanlah setiap pakaian itu selesa di tubuh kita. Pasti akan kelihatan cantik.
Malah sekarang, perkembangan dunia fesyen untuk golongan yang menutup aurat juga semakin berkembang maju. Kalau dulu fesyen kelawar adalah untuk pakaian tidur, tapi kini da di modenkan menjadi baju kaftan. Ada hiasan labuci dan lebih nampak ekslusif. Apa salahnya sesekali cuba kan? Gaun pun ada macam2 sekrang. Pokok pangkalnya kenala rajin belek majalah dan kena kreatif untuk menggayakannya.
Sesekali lukiskan wajah dengan pewarna2 menarik. Jangan plak over macam artis o pelakon opera, cukup lah sedikit olesan tipis tapi cukp untuk tampak segar… kengkawan… aku bukanlah orng yang bijak untuk berbicara tentang penampilan diri. Namun tidak ada salahnya kalau aku berkongsi tips dan cerita kan? Mungkin sedikit sebanyak dapat membantu. Dan kengkawan untuk jawapan terakhir selepas dikritik teman tadi saya mengatakan kepadanya… saya akan mengubah semua gaya saya sekiranya saya berjumpa dengan orang yang buat saya jatuh cinta padanya tahap 360°. Dan aku sendiri tak pasti sama ada aku sudah berjumpa atau pun tidak tapi yang nyata aku kini mengalami transformasi fesyen. Kalau dulu asyik ngan tshirt lengan setengah suku, jacket dan jeans kini adalah sesekali gaun, sekert, baju blouse. Hehehe… yang penting sopan dan sedap mata memandang. Lagipun bila badan pun da sdikit berisi kena la pandai tutup apa yang patut kan???? Heheheh
Oh cukup panjang aku menceritakan transformasi berkaitan fesyen, namun ada lagi yang lebih penting. Transformasi kehidupan kita. Perubahan dari yang kurang baik kepada lebih baik. Hem… nak jadi baik ckup susah sebenarnya… tapi kalau nak jadi jahat, sekali langkah jer kita da jadi jahat. Tapi itu lah cabarannya. Perubahan kita dari segi ibadah dan perbuatan kita sehari2… mungkin dulu kita cukup liat untuk isi 5 kekosongan setiap hari, kalau ada pun mungkin jarang2 dapat isi 5 dan kadang2 tak isi langsung…. So kena la ubah sedikit demi sedkit. Namun jika yang selalu cukup 5 dan full tambah2kan lah apa yang patut. Kerana hidup kita ni perlukan perubahan… kita berubah sejak kita di lahirkan sehingga kini. Malah setiap hari ada sahaja perubahan yang berlaku di sekeliling kita. Kita akan berjumpa orang yang berlainan setiap hari, karenah yang berlainan setiap hari dan mood yang berlainan setiap hari. Bayangkan jika hari2 adalah sama???? Mesti boringkan…. Dan pada aku perubahan itu perlu. Tapi… sebelum terfikir untuk berubah, adakah sudah cukup sedia? Dan kemana hala tuju perubahan itu?
So… fikir2kanlah… selamat berubah 

Wednesday, August 11, 2010

salam ramadhan

salam semua. salam ramadhan. semoga kedatangan bulan yang mulia dan indah ni akan memberikan seribu pengertian dan lebih keinsafan kepada kita semua. sebenarnya, banyak peristiwa yang aku dah terlepas nak jot down kat sini, namun aku rasa aku perlu abaikan dulu memandangkan ada banyak yang perlu aku lakukan sepanjang bulan mulia ini.

seperti dahulu, kini dan selamanya, azam ramadhan kali ni pastilah mengharapkan keredhaan dari-Nya dan aku sendiri mampu untuk menunaikan segala tanggungjawab yang di perintahkan-Nya dengan khusyuk dan tawadhuk. Amin.

biarpun kehadiran ramadhan kali ni agak sunyi memandangkan posa taun lepas dan sebelumnya aku di temani oleh saudara, namun tahun ini, cukup kami bertiga sahaja. em, memang terasa sunyinya. namun mungkin itu lebih baik. biarpun kadangkala kita mengharapkan yang lebih baik yang pada kita itu adalah yang terbaik, namun percayalah Allah itu lebih tau apa yang terbaik buat kita semua.

ramadhan kali ni, aku mengharapkan sebuah harapan yang aku harapkan ia akan kesampaian. kesihatan emak yang agak menggusarkan hati aku ku harapkan akan beransur pulih. biarpun aku jauh, namun aku akan terus mengharapkan dan mendoakan agar mak terus sembuh. sesungguhnya setiap masa aku berfikir agaknya apa lah yang mak sedang lakukan saat ini? dan aku terus merindui gelak tawa mak, masakan emak, dan kesediaan mak dalam menghadapi karenah setiap anak-anaknya... mak, kalau la mak tahu, aku sendiri kadangkala bingung dengan sapa lah aku hendak berkongsi ketawa dan cerita.

sedar tak sedar, kadangkala kehilangan itu sebenarnya membikin kita lebih menghargai seseorang itu. kita akan pastikan yang kita akan lakukan yang terbaik untuknya biarpun kadangkala itu akan membuat orng lain akan terasa. namun hakikat sebuah kehidupan, setiap yang baik pasti akan ada kekurangannya.

mungkin hati ini melonjak tinggi untuk terus menemani mak yang kesunyian di kg, namun jika hasrat itu kuteruskan pasti akan ada yang terabai... kerana tanggungjwab aku terhadap suami dan keluarga itu perlu ku dahulukan... cuma doa yang berterusan aku pohonkan agar mak terus sembuh...

mak, sebenarnya, hati ni terlalu merindui mak.. sayang mak selalu

p/s: semoga Family Arwah Noor Aida Nordin tabah menghadapi ramadhan yang penuh cabaran ini.

Monday, July 19, 2010

pahit akan manis akhirnya......

lama sudah aku tak 'mengupdate' blog ni... kesibukan seharian di KG selain berukband yang sengal membataskan pergaulan alam maya ku... alah.. setakat buka tapi 'mengupload' dan 'mengesend' pun lembap, baik aku lupakan je la... dari aku terus sakit hati yang pasti. walaupun sebnarnya terlalu banyak cerita yang ingin ku kongsi. begitu berkobar2 dan akhirnya.......... idea itu terus mati dan hilang begitu sahaja. nak ku jot down pun paham sajalah, bila pen da berada di tanganku, alamat bukan aku yang menulis, tapi si kecil yang baru excited belajar memegang pen. hemmm pape pun layan jer la....:)

2 minggu berada di KG cukup menguji perasaan aku. mungkin ada yang tak patut ku kongsikan di sini tapi percayalah... itu semua adalah ujian dari yang Maha Esa. lagipun aku yakin setiap hamba-Nya pasti di uji dengan pelbagai ujian. dan sebagai hamba kita haruslah terus berdoa agar di tabahkan dan di beri kesabaran dalam menempuhi stiap dugaan di samping mencuba untuk mencari jalan penyelesaian. bukankah berusaha itu tangga kejayaan. dan aku pasti, pahit yang ku (kami) rasa saat ini akan menjadi manis akhirnya..........

selepas emak sembuh dari penyakit stroknya, kini kesihatan emak pula agak terganggu. terutama sekali mental dan psikologinya. emak agak keliru, meracau dan kadangkala kelihatan agak tertekan. dan pastinya dengan kondisi emak yang begitu cukup merisaukan hati kami anak beranak. dalam family emak memang terkenal ngan garang n tegasnya. tapi dalam banyak masa, emak boleh di ajak bercerita seperti teman, dan asyik bergurau senda. malah, kami amat berbunga hati bila setiap cerita menjadi bahan tawa buat mak. dan kini, emak akan ternanti-nanti cerita keletah cucu sulungnya dan selalu merindui setiap moment bersamanya.

dan itu, cerita di waktu emak sihat. kini, aku hanya boleh terkenangkan saat itu dan terus berharap setiap moment itu kembali menjentik naluri aku sebagai seorang anak. terus terang ku katakan aku cukup merindui setiap moment itu sejak aku berada di KG. dan itu tak terjadi kerana emak tidak lagi mengenali aku and cucu kesayangannya ini. biarpun sedih namun airmata hanya mampu bergenang di hadapannya.

kondisi emak yang lemah daya ingatannya membuatkan kami adik beradik beserta abah bergilir-gilir menjaga emak. memang tak boleh lepa... kerana jika tak di awasi emak mungkin akan terjatuh, akan menuju ke luar, ataupun pergi ke salah tempat. cthnya: nak pegi toilet tapi selalu jer pegi kat tempat lain. memang memerlukan kesabaran yang tinggi, bila tiba2 emak tiada di tempatnya o emak duduk entah di mana-mana. dan aku cukup merasai pengalaman itu.

sebenarnya, aku sendiri tak sampai hati untuk melihatkan dan meninggalkan emak ngan kondisi yang sebegitu. tapi tanggungjawab harus di laksanakan. biarpun cuma seketika berkesempatan menjaga emak, tapi doa aku terus ku kirim agar emak cepat sembuh dan kembali seperti sediakala. i really miss my real mom! impian aku untuk menjaga emak akhirnya terlaksana. dan insyaAllah aku akan teruskan impian ini selagi daya dan keaadaan mengizinkan.

pilu akhirnya bila saat aku ingin bertolak pulang kepangkuan hubby. airmata yang selama ini tertahan akhirnya gugur jua. dan emak buat pertama kalinya mengalirkan airmata seolah-olah merasai kehilangan dan sebenarnya aku mengharapkan perasaannya lebih dari itu. sempat ku berpesan agar mak terus kuat, dan menjaga kesihatannya. biarpun pesanan itu akhirnya akan hilang jadi voicemail jer kat ingatan mak.

dan aku sering terfikir, alangkah bagusnya mereka yang punya emak yang sihat kerana pasti doa emak itu akan mengiringi setiap langkah anak2nya... pastinya doa yang baik2 belaka. dan penghujungnya pasti yang baik2 juga. dan emak ku kini, dengan kondisi yang sebegini aku sendiri rasa lemah dan terkulai. masihkah mampu emak mendoakan kami? dan ketabahan di wajah abah sering mengundang kagum di hatiku. cukup setia biarpun sebelum ni abah selalu di persalahkan oleh mak. seboleh mungkin abah mengharapkan kesihatan emak. berikhtiar sana sini agar mak cepat pulih seperti sedia kala. i love u abah!

dan sebenarnya aku mengharpkan lebih dari itu.............. berikan aku kekuatan!

Friday, July 2, 2010

sepi itu indah

Sepi itu indah
Oh…. Seperti biasa aku mengharungi hari2 yang sepi… sepi tanpa cinta, sepi tanpa suara, sepi tanpa kata-kata…( bukan ke kata2 n suara tu maksud yg sama?) ehm… bantai sajalah.. lagipun ni bukan karangan untuk lulus SPM. Ni karangan untuk lulus di bloger jer.. eheks.

Sebenarnya, dari dulu pun aku sepi. Tapi mujurlah ada seorang yang tersayang ni menghiburkan hati. Walupun kdgkala, aku hampir jadi mak lampir yg selalu terjerit dek karenah spontannya yang bisa membuatkan jantungku bagai nak runtuh ke bumi…. Ish. Dan itulah penghibur hatiku sorang . dan untuk kesepian ini, ada sesuatu yang aku sering harapkan. Mungkin sepi itu indah, namun sepi yang menyapa mesra itu lebih mengasyikkan…. Sekurang-kurangnya aku tak la terasa duk dalam gua yang bertemankan batu dan unggun api.. ( itupun kalau aku pandai buat la)

Sepi yang ku lalui hari2 pun sama.. kenapa ya, suasana itu harus sepi? Apakah sepi itu ternyata seindah yang selalu mereka bayangkan? Sebenarnya, tak ada orang yang sukakan sepi.. buktinya, mereka yang pendiam pun bisa berbicara lantang bila bercerita topik yg di sukainya.. apatahlagi bila bertemu dengan satu geng.. cam geng upin ipin je lagaknya. Meriah mcam ada pesta.. tapi bila di rumah macam ada kematian jer lagaknya….

Oh… sungguh ku t erharu bila pc ini lebih rela melayan kesepianku ini. Biarpun kadangkala ia cukup menjengkelkan bila internet yang bergroup ngan berukband ni mengong… sangat sakit hati… cukup tention bila aku butuh teman untuk ku berbicara… dan sebenarnya aku cukup tak puas bila aku terpaksa meletihkan jari jemariku yang tak seberapa halus ni untuk menaip sedangkan aku leh direct berbicara… mujur saja pc ni pekak, bisu dan tnggul kayu. Kalau tak mesti cair taik telinga dia dengar aku berceloteh n berbicara… (walupun sebenarnya aku x cukup petah berbicara)………….

Apabila sepi itu selalu menjelma… aku mengharapkan suasana itu akan lebih mesra, tetapi selalu saja lidah ini membeku macam di perap dalam icebox…. Oh, walupun di kepala ku ini bermcam topik dan persoalan ingin aku bincangkan.. dan aku cukup cemburu bila melihat kemesraan mereka yang mampu membuang jauh2 sepi itu di luar kehidupan mereka. Ckup meriah, walaupun hidup mereka ckup sederhana…. Tapi riuh jer. Hilang semua msalah dan kedukaan….

Tapi… untuk esok , dan 2 mggu akan datang, aku akan berjaya menghindar sepi itu jauh2. Biarlah dia jauh pegi. Kerana aku cukup terasa pedih bila sepi itu menjelma… kerana bukan aku sahaja yang merasai sepi itu, tapi bestfrend aku juga turut merasainya… dan akhirnya aku yg jadi magsa untuk melepaskan kesepiannya… walaupun sebenarnya aku cukup kaku untuk memulai kemeriahan itu… tapi sebenarnya ok juga… kerana sepi itu perlu di lawan… perlu di buang… sepi itu tidak indah sebenarnya… sepi itu hanya mengundang seribu kenangan, kedukaan dan kebencian…
Mengndang sepi bermakna meratapi sebuah kehidupan yang tak pasti. Kerana sepi itu takkan berpenghujung… mengundang sepi akan membuatkan suasana yg ceria akan berjauh hati… sepi itu akan bertakhta lama bak raja yang sukar melepaskan tempatnya bersemayam…

Oh hati…………. Sebenarnya aku sendiri sudah lupa untuk ketawa dengna cukup riang, tersenyum dengan sempurna dan berspontan dan bersahaja… kerana sepi itu telah membuatkan aku seakan diam dan kaku……… dan aku takkan maafkan sepi itu.. kerana sepi itu telah membuatku sering berduka………..


Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...

Semoga kepergianmu
Tak akan
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti

Wednesday, June 30, 2010

bahagia itu milik siapa?

aku tak pandai nak berpuitis bagai... tapi pernah tak kalian terfikir, dan rasa sukar sangat nak bahagia? oh... untuk soalan itu, aku selalu sangat. bahkan setiap hari.. orang kata, bila kita dapat apa yg kita nak kita akan bahagia? ye ker?
inginkan kekayaan? orng kata kaya itu punya bahagia... sebab semua yg kita inginkan kita pasti dapat.. huh aku dengar ramai pun org kaya yang hatinya tak tenteram, pikir hutang la, belanja itu ini la, selalu fikir nak maintain kaya la... hakikatnya diorang pun tak selalu bahagia...
orng kata kita akan bahagia bila kita dapat org yang kita cintai. ye ke?
hem tak juga... kerana orng yg kita cintai itu tak sepenuhnya kita kenali. lepas bersama, banyak juga yang kita kena belajar... sometimes, apa yang kita kenal tu jauh dari yang kita ketahui sebenar-benarnya...
entahlah... tapi pokok pangkalnya, dalam dunia tak seorang pun manusia yang betul2 bahagia dengan hidup diorang. or... tak bersyukur?
it's really confiuse bila orng cakap, orng yang bahagia ialah orng yang bersyukur dengan apa yang ada...
aku??????

hati aku betul2 bercelaru. rupanya untuk bahagia itu perlu melalui berjuta2 liku yang sukarnya bagai merentas lautan api... cheh... macam pernah lalu jer.. terkena kuali panas sket pun dah terkezuuuut....:)

bahagia itu milik hati... tapi kalau hati aku selalu tak keruan cane nak bahagia...
aku selalu mengandaikan aku cahaya... dan aku mengharapkan satria datang tika ini untuk mendengar keluhan dan menghibur... paling tidak aku akan selalu tersenyum dek lawak jenaka bodohnya... lupa semua yg kalut di fikiran ni.... oh ada ke couple yang cenggitu? or.. aku saja yang terlebih emo dek telenovela cahaya itu?

kenapa bahagia itu perlu menangis, sengsara, derita dan peritnya aku terasa saban hari? itukah jalan2 bahagia? or... aku yang terconfius antara bahagia dan derita? pokok pangkalnya dimana bahagia ituterletak? aku selalu menyanyikan lagu melly " ku bahagia" walupun nyatanya aku bukanlah dalam situasi bahagia... tetapi kerana dek melodynya yang agak catchy dan buat aku berjoget (ahaks!) aku laaaaaaayan gak... melly i like u!!! i like ur song!

orang kata, hanya yang baik akan dapat yang terbaik. dan aku plak? mungkin aku rasa cukup baik, tapi sekurang-kurangnya aku perlukan yang baik... ( lagipun mana ada orang nak ngaku dia jahat kan?) tapi i always want to be the nice person... always try harder n harder... but always comes in wrong timetable.... uhuks... and the last thing... nobody appreciate it. very upset

dan mereka yg wat ku bahagia....rupanya wat aku nangis selalu... sedih selalu... and down slalu... agaknya, sampai bila aku harus melalui hari2 begini? setahun? 10 tahun? 100 tahun? yg sekarang ni pun ada rasa nak jadi kassim selamat... bongkak mata.... orang kata itu hanya luka dek hirisan kecil di jari.... oh pedihnya cukup menusuk tulang ikan cencaru yang baru ku makan semalam.... uhuks! tapi kesannya cukup tersimpan bak parut yang tak hilang di bsuh dek clorox...

oh ... bahagia itu ialah bila kita saling memaafkan, saling menyayangi, saling mendoakan, saling menerima kekurangan dan kelebihan... dan pada aku... sebenarnya ku sudah capek! really tired! aku ni da tak berdaya.. bahagia yang ku harapkan itu cuma harapan yang terbilang dek kata2 saja... kdang bila orang bercerita kesedihan life diorang... aku pun terfikir, aku jauh lebih bernasib baik... tapi aku still lagi rasa kurang... apa aku hamba yang tak bersyukur? dan sebenarnya aku rasa... life diorang ada kurang dan lebihnya... mungkin kurang kat diorang tapi lebih kat aku, lebih kat diorang kurang kat aku... dan seorang teman menggesa aku untuk menutupi segala kekurangn itu... come to be mrs. perfect.... dan tuk itu ada yang perlu aku korbankan. dan tuk mengorbankan saat ni, mungkin tidak. sedikit masa lagi, akan korang tau momentum yang akan melahar keluar dari sedikit resepi yang tercipta dari sanubari aku mrs.down.

sedikit keberanian
sedikit kekuatan
sedikit kesabaran
lebihkan keimanan
lebihkan ketaqwaan
secebis kemarahan
secebis dendam
secebis semangat

percayalah, resepi momentum di atas... akan buat ko terkujat teman. selalu saja dia mencemburui kelebihan dan sering merasai kelebihan itu dengan muka tak malu. tetapi bila turn kekurangn itu menjelma, cepat2 ko pergi malah menempelak tanpa pernah menoleh kebelakangan saat kekurangan itu pernah ko rasai.. oh.. baru ku tahu kebahagiaan bagimu adalah saat merasai kebahagiaan orang lain. dan akhirnya ko berbahagia di atas penderitaan orang lain... dan aku yang ko persalahkan

ya.. untuk bahagia, pasti ada yang terluka. dan aku? dengan sedikit bahagia yang kukecapi... aku terpaksa mengorbankan perasaan orang yang paling222222 ku sayang. dan aku tak menyangka mereka adalah mangsa di sebalik sekelumit kebahagiaan yang aku kecapi. sungguh... aku lebih rela memilih mereka dari ygn sekarang ni. tapi jika takda yang skrg ni aku pun tak bahagia...

aku bahagia dengan apa yang aku ada. walaupun simple, dan nampak macam sedikit sngat tapi Alhamdulillah.... Mudah-mudahan ALLAH melimpahkan rezeki yang lebih untuk kita rasai sama2.
dan BAHAGIA ITU MILIK ALLAH... CUMA DIA YANG BERHAK TENTUKAN SIAPA YANG LAYAK UNTUK BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT. DAN KITA SEBAGAI HAMBANYA PERLULAH TERUS-TERUSAN BERMOHON DAN BERDOA... DAN AKU HARUS PERCAYA, DI SEBALIK KEDUKAAN DAN KEPERITAN YANG AKU RASAI SEKRANG PASTI ADA KEBAHAGIAAN YANG ALLAH BERIKAN TANPA AKU SEDARI... SYUKUR...

Saturday, May 29, 2010

alahai nasi lemak


al kisah, sejak aku wat nasi tomato yg jadi jelantah tak lama dahulu, aku cam sedikit trauma plak bila bab2 nak merencah nasi ni... but dengan penuh keazaman, esok pagi aku nak buat nasi lemak.. mesti sedap kan? alahai... belum pape da termimpi2 nasi lemak..

uhuh.. biasanya aku agak malas nak memasak ni tapi ye la memasak kan untuk sendiri kan? kalau org tak nak makan pun apa salahnya? sekadar mencuba? x jadi, pun lain kali leh cuba...

oh nasi lemak... tunggu ye esok pagi, aku akan merajinkan diri dan meluahkan segala ekspresi dan tenaga aku untuk menyiapkan nasi lemak yg paling grand... ( alahai perasan tul empunya diri nih!)

but sila layan mata dulu tengok pic nih ok?