Thursday, November 11, 2010

miss my parent so much!

Salam jumaat …
Minggu depan hari raya aidiladha. Oh sangat sedih kerana tak dapat bersama keluarga aku. Tahun ini merupakan tahun kedua aku tidak bersama mereka di aidiladha ini. My B pun Cuma dapat cuti sehari jer. Apa nak buat. Duk di perantauan kdangkala membikin kita terpaksa memilih untuk lebih berjimat cermat, namun bijak menggunakan kesempatan yang ada. But my B dah janji untuk menghabiskan cuti ujung tahun di kg. biarpun tak sama, tapi ye lah… kenalah redha… namun doa agar my parent sentiasa sihat sejahtera tak pernah luput dari ingatan.
Semenjak mak jatuh sakit ni, hati aku bagai di runtun sayu bila ada cerekarama o drama tv yang melibatkan kisah kekeluargaan dan ibubapa. Oh hati ni bagai di carik2. Seringkali terfikir bagaimanalah agaknya aku seorang anak yang berpangkat isteri kepada seorang suami dan ibu kepada seorang anak ingin menjalankan amal bakti kepada orang tuaku sendiri. Seringkali aku terkeliru. Kerana ramai orang berkata, tempat seorang isteri tu di sisi suaminya. Sometimes, biarpun jasadku duduk tersenyum dan ketawa di sini, namun fikiran ku asyik memikirkan mak dan abah di kampung. Sesekali hati agak terubat mengenangkan adik yang masih di kampung, setia bekerja dan menemani mak dan abah. Tapi aku???
Bukan tak pernah ada yang menyalahkan, kerana aku seakan lebih mementingkan keperluan suami dan sebelah suami. Tapi sesungguhnya, aku telah cuba untuk melakukan yang terbaik. Sehingga kadangkala, aku sendiri agak tertekan kerana aku sndiri sukar untuk berbahagia dengan apa yang aku ada. Yelah dasar manusia, pasti akan merasa setiap perkara itu pasti ada kekurangannya…
Serba salah aku di buatnya. Tak seorang pun cuba memahami aku, tak pernah sesiapa pun sudi mendengar rintihan hati ni, tak pernah siapa pun peduli isi hati aku. Apa yang mereka tahu, menyalahkan dan menuding jari. Semoga sahaja kekeliruan di hati aku ni, akan di ampunkan oleh-Nya. Kerana aku yakin hanya Dia yang lebih mengetahui apa yang terjadi dan bakal terjadi. Malah hanya Dia yang selalu mendengar rintihan hati ni, sayup2 suara tangisan aku, kedukaan aku. Kerana, di sampingku, tak pernah ada yang memandang aku dengan berat mata, tak pernah pula orang peduli betapa berat bahu aku memikul rasa hati dan beban perasaan ini.
Sepertinya, bahagia yang ku cari tu ada saja jalan yang penuh liku. Mudah2an dengan dugaan yang aku harungi kini, aku akan lebih menghargai setiap detik waktu yang berjalan itu dengan lebih baik. Dan aku berdoa, agar mereka2 yang berada di seklilingku akan lebih bahagia… bahagia dengan apa yang mereka ada, punya dan miliki. Amin.

Salam sayang
Deemimmar

No comments: