Thursday, November 25, 2010

kuih puteri ayu yang nyam2 sangat sedap

sudah beberapa hari aku tak berkesempatan nak mengupdate aku punya blog nih. sedar tak sedar, november pun da nak sampai ke penghujung. dan x lama lagi muharam akan menjelma. oh rasanya sangat sekejap. tetiba da sampai di penghujung tahun 2010. dan aku pula kenalah membiasakan diri untuk mengupgradekan semangat yang kadangkala down untuk lebih stabil di tahun akan datang. Insya Allah....

bulan depan ada dua event yg penting. satu besday my B, dan satu lagi kenduri khatan di rumah kakak ipar. ehm.... kedua-duanya majlis penting tu. but for besday my B, aku rasa aku just nak belikan kek n bagi kat jiran2 sket kot. tak tahu lagi, but the present aku da rancang awal2 nak bagi apa. cuma tak dan je lagi nak beli. :) untuk kenduri tu nanti, pada mulanya aku ingat nak buat kek coklat tapi aku letak dalam paper cup, ala2 cupcake gitu. tapi aku juga teringin untuk buat lain dari yg lain. selepas aku search di internet kuih puteri ayu ( yg sebenarnya faveret my B) aku tetiba teringin pula nak buat. cuma, pengukus je aku takder.. hem,, sabarlah hati untuk menunggu budget bulan 12, insya Allah ada rezeki adalah tuh.. biarpun buatnya agak sedikit renyah, tapi demi teringin punya pasal... sabar jer lah...

lagipun bila kek coklat crunchy ku jadi sebutan di kalangan ipar duai, hehehe, sesekali kita beralih ke resepi tradisional pula. lagipun dulu masa kami masih kecik, dan waktu mak masih sihat walafiat, selalu juga kami buat kuih nih... hehehe

meh kita chek resepi tu and cuci2 mata....






kuih puteri ayu

Bahan-bahan ( 55 biji )

4 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan gula caster
3 biji telor
1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air )
1 sudu makan ovelette
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh pewarna hijau

Inti kelapa
1 biji kelapa parut putih sahaja
2 sudu teh garam
1 sudu makan tepong ubi

Cara-cara

1.Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan. 2.Putar telor + gula sehingga betul2 kembang. 3.Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati. 4.Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis. 5.Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata. 6.Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit. Tag

1 comment:

Deemi Ammar said...

da buat da... sangat sedap kuih nih. sebiji cam kat gambar ni. sangat montel dan nyam2..