Thursday, November 11, 2010

amar without pampers

Em hari ni da masuk 2 hari my son tak pakai pampers kecuali malam. Actually, tak la susah sangat kan?? Tapi betul kata my frenz, kena rajin. Lagipun, aku pun tak la bz sangat masa ni, so apa lah salahnya kan masa yang aku ada tu aku gunakan untuk ajar dia independent. Lagipun aku tersangat kagum dengan seorang ibu muda yang mempunyai 2 orang anak yang mana kedua2nya tersangat berdisiplin.
Menurut kata ibunya, setiap anak2nya akan di ajar tanpa memakai pampers sejak berumur 1 tahun lagi. Dia kata, tanda2 kanak2 tu da bersedia untuk lepas bebas tanpa pampers ialah dia akan cepat2 membuka pampers apabila kita pakaikan, terasa rimas ataupun akan lari bila kita menyuruh mereka memakai pampers. Dan apabila itu berlaku, kita kenalah merajinkan diri untuk membawa mereka ke tandas setiap 15 minit ataupun setiap ½ jam. Jimat pun jimat kan??
Kemudian, menurut ibu muda tadi, setiap pagi kedua-dua anak2nya tadi akan bangun sekitar jam 8 pagi, dan akan bermain sehingga pukul 3 dan paling aku suka apabila kedua2nya dan kadangkala termasuk ibunya akan tertidur lena. Lebih kurang 1 jam kemudian mereka akan bangun dan akan bermain, mandi dan pukul 9 malam mereka akan tidur sehingga ke pagi. Uhh… pada aku, ibu muda ini sangat bijak untuk mendisiplinkan anak2nya. Kebiasaan yang aku lihat, apabila seorang celik, seorang lagi akan tidor dan yang celik pasti akan mengusik yang tidur sehingga terjaga. Ehm… sehingga sekrang aku masih tidak dapat mendisiplinkan ammar berkaitan soal tidur. Macammanalah kan??
Biarpun aku punya pengalaman mengurus seorang anak sejak dari bayi sehingga berumur 2 tahun ½ ni tapi aku selalu bertanyakan pada mereka yang lebih berpengalaman. Yelah, sharing is caring kan?? Sometimes ada jugak tips yang boleh kita gunakan. Dan aku juga adalah salah seorang peminat majalah Pa&ma, setiap bulan aku takkan pernah terlupa untuk membelinya. Dan jika ada sebulan yang aku tertinggal, aku akan merajinkan diri pergi ke kedai2 yang selalu jual majalah ni. If tak dapat juga, aku akan muncung sedepa… sampaikan my B cakap boleh sangkut hanger… hahahah
Its really fun bila kita dapat membesarkan anak kita di hadapan mata kita sendiri. Biarpun ada orang sekeliling yang memperbodohkan aku kerana sanggup jadi hw walaupun belajar tinggi, aku tak kisah. Sekurang2nya, aku puas hati.. dan yang paling seronok, kita lah yang akan jadi orang pertama yang dapat melihat dia buka mata, bercakap, ketawa, berguling, berjalan, merangkak dan setiap proses pembesaran itu berlaku depan mata. Seperti ada sentuhan magis, dia yang dahulunya tersangat kecil kini akan tersenyum setiap kali bangun tidur, akan menangis bila kehendaknya tak di penuhi, dan akan ketawa bila di agah…
Oh… really proud to be mommy! And I want it more…. More love from the others child….:)

No comments: