Tuesday, April 28, 2009

bila april

April mengingatkan aku tentang macam2 kisah. Jika sebelum ni semua kisah2 itu adalah satu kebahagiaan buatku, namun untuk kali ini, kesemua itu bercampur baur macam abc campur... bermula dengan hari jadi ghazi yang pertama pada 11hb april dan kemudian aku dikejutkan dengan pemergian orang yang betul2 aku sayangi iaitu atuk ku pada 18hb april. Dan pada keesokkan harinya adalah ulangtahun pertemuan pertama antara aku dan hubby. Sehinggalah pada kemuncak bulan april berlaku pada 26 hb april buat pertama kali aku ditengking teruk oleh hubby gara2 amar terjatuh kerana mengejar aku yang sibuk memasak masakan kegemarannya. Dah la tengking ada je barang yang di sepak. Sekujur tubuh aku menggigil, hanya Tuhan jer yang tahu rasa hati ni. Sehinggakan aku fikir, ia pengakhiran sebuah cinta yang aku dapat capai tapi kecundang di pertengahan.... sampai sekarang aku tak tahu kenapa dan mengapa dia bersikap sedemikian... bukan tak pernah dia marah, cuma marah2 biasa jer tapi untuk kali ni hatiku betul2 hancur... cinta tu da lama pergi cuma tinggal perasaan yang kosong.... aku menangis saban malam, hanya Dia yang tahu apa rasa hati aku waktu itu. Saat dia berlalu pergi, aku sudah mula redha seandainya jodoh ku setakat ini, cukuplah ghazi tempat ku bermanja. Aku juga redha jika dia punya yang lebih baik dari aku. Mungkin aku tidak cukup memuaskan hatinya. Mungkin aku tidak setangkas si dia yang bijak mengasuh ghazi.... aku tak kisah dengan siapa pun dia nak, cuma ghazi milikku... aku yang mengandungkannya 9 bulan, aku yang merasa sakitnya, aku yang merasa penat lelahnya membesarkan dia setakat ni....

kalaulah aku ditinggalkan keseorangan bersama ghazi, aku pun tak tau sama ada hati ku ada untuk orang lain ataupun tak... peristiwa itu betul2 meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati aku. Mungkin maaf sudah di pinta tapi hati ini payah untuk menerima.... atau, mungkin jua aku perlukan masa...... mudah2 an ini yang pertama dan terakhir dia bersikap begitu.....