Monday, November 15, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha....

beberapa hari ni kepala aku tersangat pening. entah berapa kali agaknya panadol da aku telan. tapi hilang cuma sekejap jer. rasanya, bila ada kesempatan nak juga pegi klinik untuk pastikan everything about my condition is ok.... tapi bila da sampai sana, nak tunggu giliran dengan membawa Ammar sekali agak merunsingkan aku. kot la di termeragam ker... haru aku. silap2 cancel apointment. oh kepala ok la ko... tak larat kadang2 nak bawak tidur jer, bagi mententeramkan pening nih...

semalam merajinkan diri untuk keluar shoping barang untuk buat kek for tomorow. hem... biarpun Ammar tak seligat seperti biasa, namun cukup meninggalkan kesan bila dia dengan muka tak bersalah dan selambanya menyambar satu pek air minuman nutrigen terus masuk ke bakul tanpa aku sedari. oh.. mujurlah aku membawa duit lebih. kalau tak mesti haru bila sampai di kaunter nanti. biasanya, dia akan menudingkan jari bila dia inginkan sesuatu barang tu, then aku yang akan wat keputusan samada aku leh bayar o tak... biasanya air vitagen la sebotol dua, aiskrim kon 90sen tu ker... tapi semalam, betul2 wat aku tersenyum sampai ke malam. dan aku membayangkan if dia mengambil something yang mahal dan aku tak mampu nak bayar o atau aku tak punya budget yang cukup... oh tak cukup dengan menggaru kepala, mungkin aku akan buat muka minta kesian kat cashier tu suh cancel.

esok adalah hari raya aidiladha (korban). rata2 majalah memperkatakan tentang pengorbanan yang pernah atau sedang di lakukan oleh setiap individu. dan aku sendiri sering tertanya, apakah erti korban bagi aku. sesekali fikiran ini menerawang jauh memikirkan apa yang terjadi pada hidupku sejak akhir2 ini.

aku sendiri pun sukar untuk mentafsirkan segala pengorbanan yang telah aku lakukan untuk diri aku, keluarga aku dan org sekeliling aku. pada aku just let it go la. bukan aku untuk menilai semua tu berupa pengorbanan atau tak. kadangkala sebuah pengorbanan yang kecil itu lebih bernilai berbanding pengorbanan yang memakan nilai jutaan atau di nilai dengan sanjungan tinggi. kerana juri yang paling tinggi, dan bijak menilai hanya Dia. kerana hanya Dia yang lebih mengetahui nilai sesuatu pengorbanan itu dan keikhlasan pengorbanan itu. cuma, aku harap apa yang berlaku di antara aku dan sekeliling semuanya di tahap 90% baik2 saja. amin....

cerita berhari raya korban di rumah mertua..
rasanya tahun ini agak luar biasa meriahnya. biarpun pada mulanya aku menyangka cuma aku saja yang pulang menemaninya... (cuti raya sehari) tetapi ramai juga yang pulang pada hari raya tersebut. di tambah pula mereka mengadakan sesi ber BBQ tergempak yang di sertai adik beradik sebelah my B. ternyata menyingkap rasa gembira di hati. biarpun aku sendiri masih agak canggung bila berhadapan dengan adik beradiknya, namun itu semua dapat ku atasi. tipsnya, duduklah bersama mereka, dengarlah cerita mereka, responsive dengan setiap perbualan mereka, dan senyum. itu saja. if ada situasi yang tegang, jangan komen kalau tak di minta. ada berani, tegurlah jika ada kesalahan tapi biar berpada... just if situasi da agak slow n cool.

dan sebenarnya, aku cukup berbahagia dengan keluarga yang ku punya sekarang. biarpun sometimes agak haru but its normal life... haru is important to colour our life.:) my family, my parent and My B's parent, i love u ols so much!