Friday, November 5, 2010

zuriat kita...

hem, sapa tengok astro oasis? if yang ada astro la... sebenarnya satu kebanggaan buat kita apabila setelah lama kita di hidangkan dengan rancangan hiburan dan kupasan isu, ada station swasta yang sanggup ambil risiko untuk menerbitkan rancangan bercorak keagamaan khusus untuk satu chanel sahaja. astro oasis... congrat kepada astro oasis...:) sebelum ni pun ada juga station tv lain yang menerbitkan rancangan keagamaan seperti tv1, tv9 tapi still lagi ada hiburan lain... tapi astro oasis ni best sebab, setiap hampir waktu solat jer ada zikir2, pastu ada panel jemputan yang best2 untuk rancangan bercorak soal jawab agama, dan bimbingan psikologi...

em... cam nak promote astro la plak.. :) sebenarnya bukan tu yang aku nak cerita. tapi ada satu rancangan tu pasal zuriat kita. rancangan ni untuk menyokong tema " kami prihatin" yang sedang di jalankan sekrang ni. walaupun jarang tengok, tapi sebenarnya bagus untuk menimbulkan keinsafan di kalangan kita.

kes pembuangan bayi, penderaan fizikal dan emosi kanak2, sering terjadi di sekeliling kita. tanpa kita sedari, kdangkala kita sendiri menutup mata apabila proses itu berlaku di depan mata kita. sikap takut di gelar 'suka jaga tepi kain' orang menyebabkan kita lebih suka berdiam diri, takpun cuma mampu mengutuk dalam hati. dan akhirnya, inilah yang berlaku. mungkin kita tak mampu untuk mengelak dari ia terjadi pada masyarakat kita, tapi mungkin kita boleh mengatasinya itu di kalangan keluarga, sahabat, saudara mara dan mungkin jiran2. apabila kita mengamalkan sikap ambil tahu, sekurang2nya masalah ini akan terbendung..

ramai juga teman2 yang menyarankan peranan institusi keluarga di pertingkatkan. ibu menjadi suri rumah sepenuh masa dan bapa keluar bekerja. sekurang2nya keselamatan ahli keluarga akan terjamin.. tetapi berapa ramaikan lelaki yang sanggup bekerja lebih masa dan memulas seluruh tenaga dan kudrat untuk menyara keluarga terutama yang mempunyai anak yang ramai?. dan berapa kerat pula yang cukup bertanggungjawab untuk menjadi imam dan ketua keluarga sepenuhnya? dan apabila cuma suami sahaja bekerja, automatically, seorang wanita yg dahulunya bekerjaya, dan punya gaji tahap ribu riban, akan ternganga dek poket yang menipis... dan akhirnya timbul pula perselisihan faham. dan sekali lagi wang menjadi punca pertelingkahan dan anak2 yang menjadi mangsa.

atau mungkin wanita perlu di berikan waktu kerja yang lebih fleksibel agar ruang waktu bersama keluarga dapat ditingkatkan? kerjaya seperti guru mungkin tidak mempunyai masalah, tapi kerjaya selain dari itu...

oh wanita.... selalu jadi mangsa keadaan.

+
+
+
+
+
++
+
++
+
+
++
+
+
+
+
+
++
+
+
+
++
dan aku pula sangat teringin untuk menambah zuriat, dan kawan-kawan untuk amar.... tapi .... sebelum tu aku kena kerja.. dan aku kerja untuk tambah zuriat... sehingga aku yakin aku mmapu membesarkan mereka dengan kudrat dan usaha aku di samping kekuatan yang Allah berikan untuk aku terus berdiri kukuh di sisi mereka.

No comments: