Saturday, October 16, 2010

Berubah untuk Hidup o Hidup untuk Berubah???


Baru2 ni di laman fesbuk, ada seorang teman yang bertanya. Perlukah kita berubah demi yang tersayang?? Seperti biasa, laman sosial ni agak fofular untuk message o notis2 suka2. Dan begitu banyak komen teman2 lain bagi tuk jawapan ini. Aku juga sebenarnya sangat teringin untuk menjawab soalan itu. Tapi apakan daya, beruakband yang sengal terpaksa aku pendamkan. Jadi, untuk masa ni, aku merajinkan menaip panjang lebar di ms word yg sudah sekian lama tidak aku buka kecuali jika aku ingin mngopi n pastekan hasil tulisan rakan blogger ataupun resepi yang akan ku perapkan di komputer in tanpa aku cuba. Heheheh
Aku rasa, ramai yang suka bagi jawapan, ‘jadilah diri sendiri, tak perlu ikut kata orang’ x kurang juga yang menjawab ‘ biaq pi la apa org nak kata, yg penting kita bahagia’ oh… sebenarnya, kengkawan aku juga pernah berhadapan dengan situasi tersebut dan aku juga pernah berikan jawapan yang sama. Sebenarnya terlalu banyak perlu di fikirkan apabila melibatkan sebuah perubahan…
“ hang ni dari dulu aku tengok sama ja, xdak pa pun yang berubah… sesekali hang wat la renovation kat diri hang tu. Cemuih tengok la!”
Mungkin kata2 begini berupa fizikal. Kalau dulu dia nampak kita kurus, da berpuluh tahun pun nampak kurus. Its ok la. Kalau lelaki kot la keding sangat, pegi la gym ke wat sit up ke bagi ada muscle sket. Sebnarnya kengkawan, perubahan untuk diri kita tu penting. Tapi kalau perempuan kalau dulu krus, janganla plak bagi gemuk pula kecuali gemuk yang punya isi(baby). Hehehe.
Kalau kata2 itu lebih kepada fesyen, kalau dulu kita selekeh, bila da kena tegur kena la bagi semua rapi. Jangan cacamarba. Bayangkan baju hijau, skirt kuning, tudung merah.. adakah itu perlu di biarkan? Perlukah jawapan utnuk jadi diri sendiri tu di kekalkan??? Bukankah penampilan yang rapi itu akan membuatkan diri sendiri selesa malah sedap pula mata yang memandang? Sesekali boleh belek majalah fesyen untuk mengetahui gaya terkini. As long as sopan….
Namun jika perubahan yang di harapkan adalah supaya kengkawan lebih open… bergantung juga open yang bagaimana.. oh jika dia cakap awak ni x seksilah… saya tengok baju awak tegak jer… xde fesyen2 macam org lain. Sesekali nak gak tengok awek saya pakai gaun, seket singkat… untuk kenyataan begini… saya cadangkan….
Mula2 … kena la layangkan senyuman yang paling manis…
Dan kemudian angkat tangan bagi penampor sket…. ! kalau kengkwan cukup penyabar… jawablah…
“ ok, kalau sekarang ni saya da tayang kat orang, takde lah yang istimewa untuk suami saya nanti. Biarlah apa yang lebih dan kurangnya kat saya untuk suami saya dan muhrim saya saja.”
Perubahan yang sebegitu kenkawan hanya lebih kepada merosakkan diri kita sendiri. Jadi diri kita ialah apabila kita asudah cukup mengkaji siapa diri kita sebenarnya. Perubahan yang hanya akan mendera jiwa dan perasaan kita xkan dapat menghasilkan aura yang baik kepada persekitaran dan diri kita sendiri. Pokok pangkalnya perubahan itu perlu ikhlas.
Pengalaman di kritik seorang teman sewaktu berada dikolej dulu masih terngiang-ngiang di fikiran saya sehingga kini. Dengan selamba, seorang teman ini mengechek wardrobe saya dan mengatakan semua baju t-shirt dan kurung saya tak cantik. Hehehe… namun saya senyum sahaja. Lalu saya katakan, jadi bagaimana yang cantik tu…
Semestinya mahal, di beli di butik, dan rekaan terkini? Namun teguran itu tak pernah saya ambil hati. Lalu saya belajar, mahal tak semestinya cantik, yang cantik itu pula tak semestinya yang terbaik. Tapi yang terbaik itu sudah semestinya cukup cantik… :) baju yang murah pun kalau kita pandai menggayakannya tetap cantik kengkawan. Mungkin boleh tambah aksesori seperti jahitan manik, kalung atau apa sahaja… kerana lain orang lain pandangannya… buatkanlah setiap pakaian itu selesa di tubuh kita. Pasti akan kelihatan cantik.
Malah sekarang, perkembangan dunia fesyen untuk golongan yang menutup aurat juga semakin berkembang maju. Kalau dulu fesyen kelawar adalah untuk pakaian tidur, tapi kini da di modenkan menjadi baju kaftan. Ada hiasan labuci dan lebih nampak ekslusif. Apa salahnya sesekali cuba kan? Gaun pun ada macam2 sekrang. Pokok pangkalnya kenala rajin belek majalah dan kena kreatif untuk menggayakannya.
Sesekali lukiskan wajah dengan pewarna2 menarik. Jangan plak over macam artis o pelakon opera, cukup lah sedikit olesan tipis tapi cukp untuk tampak segar… kengkawan… aku bukanlah orng yang bijak untuk berbicara tentang penampilan diri. Namun tidak ada salahnya kalau aku berkongsi tips dan cerita kan? Mungkin sedikit sebanyak dapat membantu. Dan kengkawan untuk jawapan terakhir selepas dikritik teman tadi saya mengatakan kepadanya… saya akan mengubah semua gaya saya sekiranya saya berjumpa dengan orang yang buat saya jatuh cinta padanya tahap 360°. Dan aku sendiri tak pasti sama ada aku sudah berjumpa atau pun tidak tapi yang nyata aku kini mengalami transformasi fesyen. Kalau dulu asyik ngan tshirt lengan setengah suku, jacket dan jeans kini adalah sesekali gaun, sekert, baju blouse. Hehehe… yang penting sopan dan sedap mata memandang. Lagipun bila badan pun da sdikit berisi kena la pandai tutup apa yang patut kan???? Heheheh
Oh cukup panjang aku menceritakan transformasi berkaitan fesyen, namun ada lagi yang lebih penting. Transformasi kehidupan kita. Perubahan dari yang kurang baik kepada lebih baik. Hem… nak jadi baik ckup susah sebenarnya… tapi kalau nak jadi jahat, sekali langkah jer kita da jadi jahat. Tapi itu lah cabarannya. Perubahan kita dari segi ibadah dan perbuatan kita sehari2… mungkin dulu kita cukup liat untuk isi 5 kekosongan setiap hari, kalau ada pun mungkin jarang2 dapat isi 5 dan kadang2 tak isi langsung…. So kena la ubah sedikit demi sedkit. Namun jika yang selalu cukup 5 dan full tambah2kan lah apa yang patut. Kerana hidup kita ni perlukan perubahan… kita berubah sejak kita di lahirkan sehingga kini. Malah setiap hari ada sahaja perubahan yang berlaku di sekeliling kita. Kita akan berjumpa orang yang berlainan setiap hari, karenah yang berlainan setiap hari dan mood yang berlainan setiap hari. Bayangkan jika hari2 adalah sama???? Mesti boringkan…. Dan pada aku perubahan itu perlu. Tapi… sebelum terfikir untuk berubah, adakah sudah cukup sedia? Dan kemana hala tuju perubahan itu?
So… fikir2kanlah… selamat berubah 