Thursday, November 11, 2010

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA


SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA
MAZMUMMAH DI DALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di
hati ialah :

1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak
di dalam diri manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati
tentunya tidak terang.(sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..
bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..). hati2 yer...

3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. pantang tengok orang lebih sket mula, buat tak elok, gi mandrem la, rosakkan harta benda orang tu la, tak bertegur sapa la.. hasad dengki yang membawa kepada dosa2 kecil dan besar (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll.dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. rezeki tu kan dari Allah, Allah sendiri berkata, " Aku tidak meminta rezeki darimu sebaliknya kamulah yang meminta rezeki dari Aku" (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi
pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,
pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala
rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air lautâ?¦ walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak! lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar
apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar
bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue
walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada.

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah

**Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat
ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di
hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan
akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya
disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu,kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan
bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati
antara satu sama lain.
________________________________________

miss my parent so much!

Salam jumaat …
Minggu depan hari raya aidiladha. Oh sangat sedih kerana tak dapat bersama keluarga aku. Tahun ini merupakan tahun kedua aku tidak bersama mereka di aidiladha ini. My B pun Cuma dapat cuti sehari jer. Apa nak buat. Duk di perantauan kdangkala membikin kita terpaksa memilih untuk lebih berjimat cermat, namun bijak menggunakan kesempatan yang ada. But my B dah janji untuk menghabiskan cuti ujung tahun di kg. biarpun tak sama, tapi ye lah… kenalah redha… namun doa agar my parent sentiasa sihat sejahtera tak pernah luput dari ingatan.
Semenjak mak jatuh sakit ni, hati aku bagai di runtun sayu bila ada cerekarama o drama tv yang melibatkan kisah kekeluargaan dan ibubapa. Oh hati ni bagai di carik2. Seringkali terfikir bagaimanalah agaknya aku seorang anak yang berpangkat isteri kepada seorang suami dan ibu kepada seorang anak ingin menjalankan amal bakti kepada orang tuaku sendiri. Seringkali aku terkeliru. Kerana ramai orang berkata, tempat seorang isteri tu di sisi suaminya. Sometimes, biarpun jasadku duduk tersenyum dan ketawa di sini, namun fikiran ku asyik memikirkan mak dan abah di kampung. Sesekali hati agak terubat mengenangkan adik yang masih di kampung, setia bekerja dan menemani mak dan abah. Tapi aku???
Bukan tak pernah ada yang menyalahkan, kerana aku seakan lebih mementingkan keperluan suami dan sebelah suami. Tapi sesungguhnya, aku telah cuba untuk melakukan yang terbaik. Sehingga kadangkala, aku sendiri agak tertekan kerana aku sndiri sukar untuk berbahagia dengan apa yang aku ada. Yelah dasar manusia, pasti akan merasa setiap perkara itu pasti ada kekurangannya…
Serba salah aku di buatnya. Tak seorang pun cuba memahami aku, tak pernah sesiapa pun sudi mendengar rintihan hati ni, tak pernah siapa pun peduli isi hati aku. Apa yang mereka tahu, menyalahkan dan menuding jari. Semoga sahaja kekeliruan di hati aku ni, akan di ampunkan oleh-Nya. Kerana aku yakin hanya Dia yang lebih mengetahui apa yang terjadi dan bakal terjadi. Malah hanya Dia yang selalu mendengar rintihan hati ni, sayup2 suara tangisan aku, kedukaan aku. Kerana, di sampingku, tak pernah ada yang memandang aku dengan berat mata, tak pernah pula orang peduli betapa berat bahu aku memikul rasa hati dan beban perasaan ini.
Sepertinya, bahagia yang ku cari tu ada saja jalan yang penuh liku. Mudah2an dengan dugaan yang aku harungi kini, aku akan lebih menghargai setiap detik waktu yang berjalan itu dengan lebih baik. Dan aku berdoa, agar mereka2 yang berada di seklilingku akan lebih bahagia… bahagia dengan apa yang mereka ada, punya dan miliki. Amin.

Salam sayang
Deemimmar

Petua MAkanan untuk Cerdik

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

amar without pampers

Em hari ni da masuk 2 hari my son tak pakai pampers kecuali malam. Actually, tak la susah sangat kan?? Tapi betul kata my frenz, kena rajin. Lagipun, aku pun tak la bz sangat masa ni, so apa lah salahnya kan masa yang aku ada tu aku gunakan untuk ajar dia independent. Lagipun aku tersangat kagum dengan seorang ibu muda yang mempunyai 2 orang anak yang mana kedua2nya tersangat berdisiplin.
Menurut kata ibunya, setiap anak2nya akan di ajar tanpa memakai pampers sejak berumur 1 tahun lagi. Dia kata, tanda2 kanak2 tu da bersedia untuk lepas bebas tanpa pampers ialah dia akan cepat2 membuka pampers apabila kita pakaikan, terasa rimas ataupun akan lari bila kita menyuruh mereka memakai pampers. Dan apabila itu berlaku, kita kenalah merajinkan diri untuk membawa mereka ke tandas setiap 15 minit ataupun setiap ½ jam. Jimat pun jimat kan??
Kemudian, menurut ibu muda tadi, setiap pagi kedua-dua anak2nya tadi akan bangun sekitar jam 8 pagi, dan akan bermain sehingga pukul 3 dan paling aku suka apabila kedua2nya dan kadangkala termasuk ibunya akan tertidur lena. Lebih kurang 1 jam kemudian mereka akan bangun dan akan bermain, mandi dan pukul 9 malam mereka akan tidur sehingga ke pagi. Uhh… pada aku, ibu muda ini sangat bijak untuk mendisiplinkan anak2nya. Kebiasaan yang aku lihat, apabila seorang celik, seorang lagi akan tidor dan yang celik pasti akan mengusik yang tidur sehingga terjaga. Ehm… sehingga sekrang aku masih tidak dapat mendisiplinkan ammar berkaitan soal tidur. Macammanalah kan??
Biarpun aku punya pengalaman mengurus seorang anak sejak dari bayi sehingga berumur 2 tahun ½ ni tapi aku selalu bertanyakan pada mereka yang lebih berpengalaman. Yelah, sharing is caring kan?? Sometimes ada jugak tips yang boleh kita gunakan. Dan aku juga adalah salah seorang peminat majalah Pa&ma, setiap bulan aku takkan pernah terlupa untuk membelinya. Dan jika ada sebulan yang aku tertinggal, aku akan merajinkan diri pergi ke kedai2 yang selalu jual majalah ni. If tak dapat juga, aku akan muncung sedepa… sampaikan my B cakap boleh sangkut hanger… hahahah
Its really fun bila kita dapat membesarkan anak kita di hadapan mata kita sendiri. Biarpun ada orang sekeliling yang memperbodohkan aku kerana sanggup jadi hw walaupun belajar tinggi, aku tak kisah. Sekurang2nya, aku puas hati.. dan yang paling seronok, kita lah yang akan jadi orang pertama yang dapat melihat dia buka mata, bercakap, ketawa, berguling, berjalan, merangkak dan setiap proses pembesaran itu berlaku depan mata. Seperti ada sentuhan magis, dia yang dahulunya tersangat kecil kini akan tersenyum setiap kali bangun tidur, akan menangis bila kehendaknya tak di penuhi, dan akan ketawa bila di agah…
Oh… really proud to be mommy! And I want it more…. More love from the others child….:)

Sunday, November 7, 2010

alahai fasha sandha





malam ni aku saja menyebukkan diri di fasha sandha fesbuk! dia memang gojes, memang cantik, tapi selalu jer kontrevesi! dan terbaru aku tengok citer dia dalam 'Chinta'. aku memang mengikutinya la sambil menyiapkan makan malam dan menyediakan diri untuk solat maghrib. citer ni lain dari yang lain. penyingkapan yang berani. aku sure setiap episod tu ada kena mengena dengan salah seorang manusia kat muka bumi ni.

komen aku untuk citer ni- citer ni memang best. dan aku sanggup berebut tv ngan my B semata-mata untuk tengok citer ni jer. walaupun just dengar suara tanpa tengok jalan citer pun tak pe. bukan setakat fasha jer yang menghidupkan citer ni, tapi setiap pelakon yang memegang watak ni memang boleh tabik spring....

dan malangnya citer ni dah lama berakhir, dan kini di ganti dengan seribu kali cinta. dan aku tak tengok sebab, aku rasa macam tak best walaupun ada marsya... :) sorry yer..
sometimes bila aku sesaja tengok fesbuk fasha ni, ramai tul yang komen. baik yang komen positif dan ramai juga yang mengutuk dan menegur amat sedikit sekali. kasihan dia...

fasha yang aku kenal ni pertama kali aku tengok kat majalah remaja. waktu tu aku masih remaja la. masa tu ada zahnita wilson yang orang kata muka dan cam Dato' Siti tu. dan ada fasha.. dan sorang lagi tu aku tak tau. tapi aku rasa org stat kenal fasha ni masa cerita Natasya gandingan dia ngan ezani tu... dan org stat kurang suka sejak dia terlebih kata di Explorace Tv3.

dan aku ... aku biasa2 jer.. memang ada sket menyampah pada mulanya pada fasha ni bila terdengar citer kes dengan Nora Danish tu. tapi bila fikir2 balik siapa lah aku untuk menghukum dia. biarlah kita kutuk ke, benci ke, marah ke apa ker, yg dapat dosanya kita. malah entah2 semua pahala kita tu da pindah kat dia... dan kita la yang paling miskin di akhirat nanti, biarpun cukup kaya di dunia... Nauzubillah...

sesiapa pun dia, aku ucap tahniah sebab berjaya menghidupkan watak Chenta tu. Mudah2an apa yang dia lakonkan tu akan meninggalkan kesan di hati nuraninya. Amin... sekali lagi, siapalah kita untuk mengutuk dia... Hanya Allah jer yang tahu siapa Makhluk ciptaan-Nya. sekurang2nya sekiranya ada kemampuan, tegurlah fasha secara berhemah, dan doakanlah dia
yg terbaik utk hidupnya di dunia dan akhirat.

soal perampas dan di rampas.. itu soal peribadi dia. lagipun tak baik kita mendoakan yang buruk2 untuk orang kan? soal ajal, maut, jodoh, rezeki ni semua ketentuan Tuhan. siapalah kita untuk mempersoalkannya.


“…barangkali kamu membenci sesuatu,padahal ia baik bagimu…dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu…Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
(Al-Baqarah: 216)


putaran setiap manusia semua sama jer. kadangkala kita merasa senang, bahgia, suka, kadangkala kita berasa susah, duka dan sangat sengsara... dan kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita aada. mungkin hari ni kita akan merasa keperitannya ... tetapi apabila kita sudah berjaya mengharunginya kita akan menjadi orang yang baru. tetapi percayalah, Tuhan takkan menduga setiap hambanya dengan dugaan yang diluar kemampuan hambanya...

so pada yang benci kan sesetengah artis tu, chek kita punya diri yer... takder manusia yang perfect. org yang berjaya ialah orang yang pernah gagal, orang yang mulia ialah orang yang pernah melakukan dosa lalu dia bertaubat... bukan yang perasan mulia dan buat selamba diri tak pernah ada dosa... :) so sapa yang selalu kena kutuk ke, di benci ke, selalu berduka ke,,, sabarlah... dan berdoalah pada yang Maha Esa... kerana hanya dia yang lebih tahu...:)

aku, 50% & 70%... SALE!!!!

hari ni, jauh berjalan. keluar jer tengahari tadi, makan2 n then gi teman my B gi potong rambut n then jalan2 g jusco. niat di hati memang la just nak cuci2 mata. tapi.......... uish! silau mata dek panahan cut price 70% for each ladies part. tak tahan dek godaan terutama for my faveret brands... Blue Toms.. everythings is for 50% or 70%... aduih...

teringat dulu, bila tengok gang2 pakai baju brand Blue Toms tu nampak tersangat 'Terletak!" memang smart la. dulu Blue toms memang suka kuarkan baju T-shirt lengan panjang yang nampak smart.... pastu adunan warna dia memang cantik sangat. aku tersangat jeles waktu tu, tapi apakandaya aku tak berkemampuan lagi waktu tu. tapi sekarng ni, Blue Toms telah mengupgradekan setiap design baju ke yg more to up to date la. dan percayalah, yang design terbaru pun ada lagi diskaun... meh ramai2 borong baju kat jusco!

dan aku sempat mencapai 2 helai baju dan sehelai seluar slack. oh cukup terkilan kerana tak cukup budget untuk borong setiap brand sementara sale masih ada. dan paling pasti kalau itu terjadi, my B akan garu kepala dan cukup untuk membankerapkan budget untuk bulan ni... heheheh. tapi tak pelah... akan datang leh beli lagi.. skrang ni tengah kumpul budget untuk beli kamera nikon coz camera yg lama tu da cukup rosak sehingga cuma boleh di simpan di muzium tok Duffy jer. tersangat sayang kat kamera tu. so, budget yang akan datang ni, cukup lah brand nikon yang murah2 jer. sebab aku tersangat yakin yang brand nikon ni gambar sangat cantik berbanding kamera brand lain. oh... am i branded girl? just cuma nak setiap sen tu cukup berbaloi jer... biar tahan lama kalau boleh..

agak lama kami tak bershopping. dan masing2 sempat menggrab paling tidak 1 thing from jusco. oh jusco... tapi percayalah kami shopping pun masih lagi tahap puluh2. bayangkan if ada somebody yang budget 100 and above? oh rasa penuh tangan dan troli. memang cukup berbaloi la... di sebabkan aku sangat suka ngan baju than seluar... so boleh di katakan semua baju memang cantik2 la... dan aku rasa cukuplah sekali pandang jer... kang banyak kali pandang boleh rambang mata jadinya...

ujung tahun ni mesti ada sale lagi... i'm waiting with pasyen.... n sambil tu kumpul budget untuk memborong lagi....:)