Sunday, November 7, 2010

alahai fasha sandha





malam ni aku saja menyebukkan diri di fasha sandha fesbuk! dia memang gojes, memang cantik, tapi selalu jer kontrevesi! dan terbaru aku tengok citer dia dalam 'Chinta'. aku memang mengikutinya la sambil menyiapkan makan malam dan menyediakan diri untuk solat maghrib. citer ni lain dari yang lain. penyingkapan yang berani. aku sure setiap episod tu ada kena mengena dengan salah seorang manusia kat muka bumi ni.

komen aku untuk citer ni- citer ni memang best. dan aku sanggup berebut tv ngan my B semata-mata untuk tengok citer ni jer. walaupun just dengar suara tanpa tengok jalan citer pun tak pe. bukan setakat fasha jer yang menghidupkan citer ni, tapi setiap pelakon yang memegang watak ni memang boleh tabik spring....

dan malangnya citer ni dah lama berakhir, dan kini di ganti dengan seribu kali cinta. dan aku tak tengok sebab, aku rasa macam tak best walaupun ada marsya... :) sorry yer..
sometimes bila aku sesaja tengok fesbuk fasha ni, ramai tul yang komen. baik yang komen positif dan ramai juga yang mengutuk dan menegur amat sedikit sekali. kasihan dia...

fasha yang aku kenal ni pertama kali aku tengok kat majalah remaja. waktu tu aku masih remaja la. masa tu ada zahnita wilson yang orang kata muka dan cam Dato' Siti tu. dan ada fasha.. dan sorang lagi tu aku tak tau. tapi aku rasa org stat kenal fasha ni masa cerita Natasya gandingan dia ngan ezani tu... dan org stat kurang suka sejak dia terlebih kata di Explorace Tv3.

dan aku ... aku biasa2 jer.. memang ada sket menyampah pada mulanya pada fasha ni bila terdengar citer kes dengan Nora Danish tu. tapi bila fikir2 balik siapa lah aku untuk menghukum dia. biarlah kita kutuk ke, benci ke, marah ke apa ker, yg dapat dosanya kita. malah entah2 semua pahala kita tu da pindah kat dia... dan kita la yang paling miskin di akhirat nanti, biarpun cukup kaya di dunia... Nauzubillah...

sesiapa pun dia, aku ucap tahniah sebab berjaya menghidupkan watak Chenta tu. Mudah2an apa yang dia lakonkan tu akan meninggalkan kesan di hati nuraninya. Amin... sekali lagi, siapalah kita untuk mengutuk dia... Hanya Allah jer yang tahu siapa Makhluk ciptaan-Nya. sekurang2nya sekiranya ada kemampuan, tegurlah fasha secara berhemah, dan doakanlah dia
yg terbaik utk hidupnya di dunia dan akhirat.

soal perampas dan di rampas.. itu soal peribadi dia. lagipun tak baik kita mendoakan yang buruk2 untuk orang kan? soal ajal, maut, jodoh, rezeki ni semua ketentuan Tuhan. siapalah kita untuk mempersoalkannya.


“…barangkali kamu membenci sesuatu,padahal ia baik bagimu…dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu…Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
(Al-Baqarah: 216)


putaran setiap manusia semua sama jer. kadangkala kita merasa senang, bahgia, suka, kadangkala kita berasa susah, duka dan sangat sengsara... dan kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita aada. mungkin hari ni kita akan merasa keperitannya ... tetapi apabila kita sudah berjaya mengharunginya kita akan menjadi orang yang baru. tetapi percayalah, Tuhan takkan menduga setiap hambanya dengan dugaan yang diluar kemampuan hambanya...

so pada yang benci kan sesetengah artis tu, chek kita punya diri yer... takder manusia yang perfect. org yang berjaya ialah orang yang pernah gagal, orang yang mulia ialah orang yang pernah melakukan dosa lalu dia bertaubat... bukan yang perasan mulia dan buat selamba diri tak pernah ada dosa... :) so sapa yang selalu kena kutuk ke, di benci ke, selalu berduka ke,,, sabarlah... dan berdoalah pada yang Maha Esa... kerana hanya dia yang lebih tahu...:)

No comments: