Saturday, January 10, 2009

petang itu kelihatan agak tenang. biarpun suasana di sekeliling agak riuh rendah dengan karenah pengunjung taman tapi hatinya sedikit pun tak terusik. puas sudah dia mengelilingi tasik sambil menghirup udara segar. kini dia duduk di bangku sambil memerhatikan kanak2 kecil bermain di taman. hatinya sedikit terhibur. namun itu semua sekejap saja.

di hujung sana Fauzee ketawa riang bersama pujaan hatinya Rita. memang di akui seluruh masyarakat kampus mengenali pasangan sejoli itu. popularnya mereka kerana Rita adalah antara model terkenal masa kini dan Fauzee pula pernah memenangi Hero Remaja anjuran majalah REMAJA. mereka di katakan pasangan secocok, kerana sama cantik dan sama padan. bezanya mereka, Fauzee budak kampung dan orang biasa-biasa saja manakala Rita orang bandar dan anak Datuk pula tu.

hem, biarpun hatinya terhiris, namun dia harus akur. bukan silap fauzee. tapi silapnya sendiri. padanya Fauzee terlalu jauh untuk dia gapai. biarpun hatinya habis tertumpah pada jejaka yang sorang itu. mengenalinya saja sudah cukup. menjadi sahabatnya saja sudah memuaskan hatinya. ya, itu saja yang dia mampu setakat ini. untuk dapatkan fauzee, dia perlu bersaing dengan ramai jelitawan di luar sana termasuk Rita sendiri. sebelum itu lebih baik dia surrender. huh keluhnya panjang.

tiba-tiba hatinya tersentak. lama dia terdiam.

"Hai makcik, lama mengelamun. sampai aku duk sebelah pun ko tak perasan. ingat sapa?" lambat2 dia menoleh. entah bila pula mamat ni sampai. Fauzee tersengih...
hampir saja dia nak pengsan. sungguh, biarpun Fauzee tersengih macam krang busuk tetap saja hatinya tertawan. sungguh, sungguh tertwan.

"lagi-lagi ko. ada apa hal ko jumpa aku ni. Rita mana?" tanyanya dingin. pandangan terus di alihkan ke taman.

"da balik dah.