Thursday, November 11, 2010

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA


SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA
MAZMUMMAH DI DALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di
hati ialah :

1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak
di dalam diri manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati
tentunya tidak terang.(sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..
bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..). hati2 yer...

3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. pantang tengok orang lebih sket mula, buat tak elok, gi mandrem la, rosakkan harta benda orang tu la, tak bertegur sapa la.. hasad dengki yang membawa kepada dosa2 kecil dan besar (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll.dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. rezeki tu kan dari Allah, Allah sendiri berkata, " Aku tidak meminta rezeki darimu sebaliknya kamulah yang meminta rezeki dari Aku" (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi
pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,
pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala
rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air lautâ?¦ walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak! lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar
apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar
bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue
walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada.

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah

**Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat
ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di
hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan
akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya
disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu,kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan
bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati
antara satu sama lain.
________________________________________

No comments: